Kerana sikap ‘Queen Control’, suami upah anak saudara bunuh isteri

Seorang suami di Indonesia ditahan kerana membunuh isteri pertamanya pada Sabtu lalu, lapor laman berita Mothership semalam.

Suspek dikenali sebagai Z, 48, telah meminta bantuan anak saudaranya, TA, dan adik iparnya, S, 26, untuk membunuh isterinya, Jumiati, 38, dengan bayaran 1.5 juta rupiah (RM453).

Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Mamuju Tengah, Z beristeri dua. Jumiati merupakan isteri pertamanya yang tinggal di Mamuju Tengah, manakala isteri keduanya tinggal di Bone.



TA dan S tiba di Mamuju Tengah tiba pada 24 April lalu. S yang merupakan saudara lelaki kepada isteri kedua Z dibayar 5,000 rupiah (RM151) untuk menemani TA.

Berdasarkan bukti yang ditemui pada telefon bimbit mangsa, TA dan Jumiati kononnya bertukar panggilan dan mesej teks. TA kemudian menjemput Jumiati untuk berjumpa.

Di Kampung Sukamaju, TA menikam Jumiati menggunakan sebilah pisau sebanyak lima kali. Mangsa ditemui berlumuran darah di tepi jalan oleh penduduk kampung pada petang 25 April lalu.

Polis menahan Z dan S di Bone pada 29 April, manakala TA masih dalam buruan polis. Pertikaian harta didakwa motif pembunuhan itu.



Ketua Polis Daerah Mamuju Tengah, Amri Yudhy berkata, pelaku merancang membunuh isterinya kerana mangsa didakwa mengawal harta mereka.

Menurut laman berita Detik, Z membunuh isterinya untuk merampas harta wanita itu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mateng, Iptu Fredy berkata, Z mahu mengambil alih ladang kelapa sawit dan ladang lembu milik isterinya.

Ketiga-tiga suspek akan didakwa mengikut Kanun Jenayah dan berdepan hukuman mati. – Agensi



 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker