Perawat perubatan tradisional ditahan kerana mencabul

 

Kota Bharu: Perawat perubatan tradisional ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perniagaan Darul Naim, Bandar Baru Tunjung di sini.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan hari ini, susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang juga seorang guru berusia 43 tahun dikatakan ke pejabat suspek untuk mendapatkan rawatan pada 2.30 petang, 6 September lalu.

Menurutnya, mangsa juga dikatakan sudah ke rumah suspek di Kampung Bechah Mulong untuk mendapatkan rawatan sehari sebelum kejadian dan diberitahu bahawa dia terkena buatan orang menyebabkan wanita terbabit mengalami lenguh badan dan perlu dirawat.

Tiga lelaki Pakistan, seorang Bangladesh didakwa rogol, cabul kanak-kanak dilacurkan bapa

“Mangsa ke pejabat terbabit seorang diri dan mendakwa suspek bertindak mencabul dan merabanya, sebelum wanita itu lari keluar dari pejabat berkenaan kerana ketakutan.

“Fobia dengan kejadian terbabit, mangsa kemudian menceritakan apa yang terjadi kepada suaminya selepas dia ditegur kemurungan sejak kejadian itu.

“Mereka ke balai polis membuat laporan pada 1 Disember lalu,” katanya.

Abdul Rahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker