Mat Sabu dakwa PM ‘ditawan’ kerana ikut kata ahli Parlimen PN

PRESIDEN Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mod. Yassin ketika ini seolah-olah dalam keadaan ‘ditawan’.

Tuduhan itu dilemparkan oleh Ahli Parlimen Kota Raja itu disebabkan Muhyiddin mengikut permintaan ahli Parlimen Perikatan Nasional berkaitan Belanjawan 2021.

Antaranya Muhyiddin mengikut permintaan ali Parlimen PN untuk melanjutkan moratorium, melonggarkan syarat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta mengurangkan peruntukan Belanjawan Jabatan Hal Ehwal Khas (J-Kom) dari RM85.5 juta kepada RM45 juta.

“Saya tidak mahu perdana menteri kita under hostage, perdana menteri kita macam dipegang. Saya tidak mahu sebut dipegang di mana. Bila tidak tarik balik moratorium ‘kami akan mengundi menolak’ akhirnya ditarik balik.



“Bila tidak menarik balik RM10,000 KWSP boleh dikeluarkan daripada ahli-ahli Parlimen pemerintah akhirnya ditarik balik hal itu.

Masalah di Perak selesai, Ahmad Faizal umum di Dewan Rakyat
1 day ago
“Ini pun begitu juga, bila tidak ditarik balik kami akan mengundi menentang. Ertinya PM under hostage,” kata Mohamad ketika membahaskan usul pengurangan peruntukan Belanjawan J-Kom di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad mendakwa, ‘rating’ negara jatuh selepas negara luar melihat kepimpinan Muhyiddin.

“Ini yang paling tak baik sekarang ini. Saya mahu PM yang berwibawa. PM menteri yang cakapnya itu disegani oleh lawan dan kawan.



“Ini perdana menteri sekarang kawan pun tak hormat lawan lagi tak hormat. “Kalau kami tak hormat PM tak apa. Kami parti pembangkang. Tapi pihak pemerintah pun saya dengar macam-macam.

“Tengok apa yang berlaku di Perak yang berlaku di Parlimen ini menandakan perdana menteri di bawah under siege dikepung oleh rakan-rakan mereka sendiri,” dakwa Mohamad.

Sementara itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Mohamad tidak faham makna musyawarah.

Menurut Saifuddin, Muhyiddin merupakan seorang perdana menteri yang bersifat terbuka dan sentiasa berlapang dada.



“Saya cukup terkilan apabila ada ahli yang berhormat yang menyebutkan perdana menteri Malaysia under hostage ataupun under siege.

“Bila ada perdana menteri yang tak boleh nak bincang yang itu satu bab, tetapi apabila ada perdana menteri yang terbuka, berlapang dada inipun dikata underseigh jadi susahlah. Kalau tidak faham makna consultation tak faham makna musyawarah payah nak bincang orang macam ini,” kata Saifuddin. SM

Mat Sabu : kami bersama Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker