Culik ahli perniagaan dan isteri, Polis tahan 6 suspek kes

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menahan enam individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penculikan seorang ahli perniagaan dan isterinya di Jitra, 30 November lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata semua suspek berusia antara 24 hingga 58 tahun itu ditangkap dalam operasi khas antara 1 hingga 4 Disember lalu.
“Pada jam 2 petang 30 November lalu, dua mangsa itu diculik oleh empat lelaki bertopeng dari rumah mereka di Jitra, Kedah.
“Ahli perniagaan dan isterinya itu kemudian ditahan kumpulan suspek di satu lokasi di negeri itu.
“Penculik meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa. Keluarga mangsa kemudian membayar RM250,000.
“Pada 1 Disember lalu, kedua-dua mangsa itu dilepaskan oleh penculik setelah mereka gagal mendapatkan baki wang tebusan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Huzir berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut merampas sejumlah wang dan barang kemas yang dipercayai diserahkan kepada suspek oleh keluarga mangsa.
Katanya, semua suspek direman sehingga 10 Disember ini untuk siasatan lanjut

Bukan culik bayi, ibu angkat berebut dengan ibu kandung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker