Suntik Bayi Cecair Peluntur



Sebaran :

Istanbul: Seorang wanita di Turki layak digelar ‘ibu syaitan’ kerana tergamak mencederakan anaknya menggunakan pisau cukur dan menyuntik cecair peluntur dan pencuci ke dalam badan bayi itu.

Ezgi Korucu, 28, didakwa kerana mendera anaknya berusia 18 bulan, Eylul Mira, di Avcilar sejak usia bayi itu berusia sebulan.

Dalam jawapan balas kepada pertanyaan pendakwa raya, Ezgi mengaku berniat membunuh anaknya secara perlahan-lahan kerana tidak sayangkan bayi itu.



“Saya putuskan seksa dia. Saya cederakan kepala, kaki, lengan, dada dan kelopak matanya dengan pisau cukur.

“Kemudian saya suntik cecair sabun dan peluntur dalam uratnya menggunakan picagari. Semua ini, (saya lakukan) sejak bayi saya berusia sebulan.

“Sebelum ini, ada siasatan ke atas saya, namun saya menafikannya. Saya akan menyeksa anak saya tanpa pengetahuan keluarga terutama ketika mereka tidur,” katanya dalam portal The Sun.



Pendakwa raya menjangkakan ibu kejam itu akan meringkuk dalam penjara untuk tempoh dua dekad.

Sementara itu, Ezgi yang berada dalam tahanan pernah menulis surat kepada keluarganya dan meminta maaf atas tindakannya itu.

“Eylul, maafkanlah saya. Saya minta maaf kepada orang ramai dan adik-beradik awak. Saya bukan ibu yang jahat,” katanya.



Dia turut berterima kasih kepada suaminya, Eray Korucu kerana tidak memalukannya di depan anak mereka selama ini.

Perbicaraan kes masih berlangsung, namun jika sabit kesalahan, Ezgi boleh dikenakan penjara 20 tahun.-HM

Banduan simpan telefon bimbit untuk hubungi anak


Sebaran :


Leave a Reply