Badul kecewa dakwaan menantu bahawa Allahyarham Mejar seorang muflis
KUALA LUMPUR 2 Dis.- Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, akui kecewa dengan kenyataan yang mengatakan anaknya, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya sebagai muflis.
Beliau menyifatkan kenyataan menantunya, Nour Shafinar Harun itu sebagai sesuatu yang mengaibkan.
Tambah Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, apa yang menjadi persoalan kini bagaimana anaknya itu juga masih boleh berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama ini.
“Tergamak dia mengaibkan anak saya, sanggup dia mengisytiharkan anak saya sebagai muflis. Kalau dia cakap banyak hutang tidak mengapa lagi.
“Setahu saya kalau sudah diisytiharkan muflis seseorang itu tidak boleh bekerja dan kerajaan juga tidak akan terima. Disenarai hitamkan mungkin saya faham, ini muflis,” katanya kepada Utusan Malaysia.
“Bukan Nak Duit Tu, Tapi…”- AR Badul Terkilan Haknya Sebagai Bapa Dinafikan
Mengakui hubungan dengan balu anaknya itu kini renggang, kata Badul, apa yang menjadi kepentingan buatnya kini adalah masa depan dua lagi cucunya yang kini berada di Pahang.
“Jumlah anak arwah tiga sahaja bukan lima, yang menjadi kepentingan kepada saya kini adalah masa depan dua lagi anak arwah.
“Dakwaan dia menyimpan duit dua lagi anak arwah rasanya tidak perlu berlaku memandangkan budak-budak itu mempunyai ibu sendiri,” katanya. – KUALA LUMPUR
You must be logged in to post a comment.