“Bukan Nak Duit Tu, Tapi…”- AR Badul Terkilan Haknya Sebagai Bapa Dinafikan

Terkini di My KMU !!!!---->

Pelakon dan pelawak veteran, AR Badul meluahkan rasa terkilan apabila haknya sebagai seorang bapa dinafikan ahli keluarga sendiri.

Menurut Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 71, lebih menyedihkan apabila hubungan renggang yang berlaku antara dirinya dan anak dijadikan sebagai alasan utama dalam menafikan hak yang sepatutnya.

“Apabila terjadi perkara begini (kematian anaknya), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

“Tapi saya bapa dia..pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah, insurans pun kata saya tak layak,” katanya seperti yang dilapor portal Mstar.

Badul berkata demikian ketika mengulas isu peninggalan harta arwah anaknya, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

Menurut Badul lagi, dia tidak pernah terfikir untuk membolot harta peninggalan arwah anaknya itu.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi, berkaitan (hak) ayah, macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil..(kena ingat) saya ni bapa dia.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan anak menjadi manusia…kata dialah,” ujarnya.

Sementara itu, Gempak cuba menghubungi Badul sendiri bagi mendapatkan keterangan lanjut, namun, sehingga artikel ini ditulis, panggilan telefon dan pesanan mesej yang dihantar kepadanya belum berjawab.

Begitupun, kata Badul, dia mengakui hubungannya dengan anak tidak begitu rapat selepas berpisah dengan dengan bekas isterinya, Rusunjan Mohammad.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

“Tapi, anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka…ini benar-benar terjadi,” luahnya.

Terdahulu, anaknya, Mohd Zahir, yang merupakan pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaraan Divisyen Kelimad an Briged ke-13 Insfantri Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham meninggalkan balu, Nour Shafinar, 32 dan lima orang anak-GEMPAK

Sumber: Mstar

Anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi.

Badul mahu inkues punca kematian Mejar Mohd. Zamir

Leave a Reply