Umno sasaran dalam isu dominan disebut Saifuddin, kata penganalisis

Seorang penganalisis politik menolak kenyataan seorang pemimpin PPBM yang tidak patut ada entiti dominan dalam gabungan parti Melayu, sebaliknya parti dominan diperlukan dalam gabungan untuk memastikan kestabilan dan kekuatan dalam kepimpinan.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, parti dominan boleh memastikan agenda dan dasar pembangunan tidak terjejas, manakala kekurangan penguasaan akan menyaksikan sekutu sibuk bertelagah mengenai jawatan.

“Mempunyai sebuah parti dominan sebenarnya memanfaatkan dan boleh memastikan kestabilan, menjamin kepimpinan kuat dan mencegah perebutan kuasa.

“Sebaliknya, parti bukan dominan akan memikirkan cara menambah jumlah kerusi dan berusaha memenangi hati wakil rakyat untuk melompat parti, sambil bergantung kepada kuasanya dalam kerajaan kekal relevan,” katanya kepada FMT

Awang Azman Pawi.

Baru-baru ini, Setiausaha PPBM Pahang, tidak patut timbul isu parti dominan jika PPBM, PAS dan Umno menubuhkan sebuah gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, dengan menggesa semua bekerjasama dan mengutamakan rakyat.

Katanya, gabungan itu tidak boleh dipengaruhi “kerangka politik lama” dan isu siapa yang mendominasi tidak patut timbul dalam gabungan parti Melayu.

Awang Azman berkata, naratif tidak patut ada kuasa dominan dalam gabungan parti Melayu ialah retorik politik entiti kecil yang mahu mewajarkan kedudukan mereka sambil cuba mempertahankan kuasa mereka.

Katanya, parti besar malah mempunyai puak sendiri, dengan ada yang lebih dominan daripada yang lain.

“Nampaknya beliau hanya cuba mengurangkan atau tidak menekankan pengaruh Umno dalam kerajaan,” katanya merujuk kenyataan Saifuddin.

Azmi Hassan.

Seorang lagi penganalisis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, rakan lebih lemah biasanya akan “dibuli” sekutu lebih dominan.

“Menjadi dominan dalam sebuah gabungan kadangkala ialah perkara baik, jika parti dominan itu adil, ia akan membawa kepada kestabilan kerana parti dominan berkuasa dengan ancaman minimum.

“Suka atau tidak, saya berpendapat Umno menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) untuk 6 dekad lalu membawa kepada kestabilan politik. Tetapi malangnya, kadangkala faktor membuli turut memainkan peranannya.”

Bagaimanapun, katanya, PPBM perlu menangani isu dominan terlebih dahulu kerana parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu kelihatan seperti pembuli dalam kerajaan semasa.

“Kembali kepada isu dominan yang Saifuddin bangkitkan, ia patut bermula dengan partinya PPBM kerana dalam pandangan akar umbi Umno, PPBM sedang membuli Umno dalam senario politik semasa.

“Seperti yang saya lihat sekarang, PPBM terlalu dominan dalam gabungan itu dengan perdana menteri dan jawatan menteri penting yang lain menjadi milik ahli Parlimennya.” FMT

UMNO disuruh berkorban, PPBM duduk saja ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker