Telefon Bimbit Boleh Cuci Pertama Di Dunia

Terkini di My KMU !!!!---->

London: Syarikat pengeluar peranti berpangkalan di United Kingdom (UK), Bullitt tampil dengan inovasi telefon bimbit antibakteria pertama di dunia

Oddity Central melaporkan, peranti diberi nama CAT S42 itu dibangunkan di bawah jenama Caterpillar yang menawarkan telefon bimbit pada harga mampu milik.

Ia dilengkapi dengan ciri IP68 yang menjadikannya sebagai peranti kalis debu dan air, kerana boleh dicuci.

Mulai tahun hadapan, CAT S42 akan dilengkapi perlindungan tambahan menerusi teknologi antimikrobial Biomaster yang berupaya menghentikan penyebaran kuman.

Perlindungan itu menerusi penggunaan ion perak yang dikatakan membantu menghentikan penyebaran dan pelbagai patogen.

Syarikat itu mendakwa, teknologi itu tidak membunuh bakteria atau virus sepenuhnya tetapi, mendakwa penggunaan teknologi itu dapat mengurangkan jumlah bakteria di tangan individu sehingga 80 peratus dalam tempoh 15 minit atau sehingga 99.9 peratus untuk tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata, pihaknya tetap mengesyorkan peranti itu dicuci secara berkala termasuk dengan sabun dan air.

“(Inovasi) Ini sangat penting bagi pelanggan kami yang bekerja di sektor kesihatan dan penjagaan sosial atau mereka yang banyak bergerak .

“Penambahan perlindungan antimikrobial ke dalam CAT S42 adalah yang pertama untuk telefon bimbit model CAt.

“Ia menjadikannya lebih selamat bagi pengguna kerana dilengkapi ciri penting mengikut iklim semasa,” katanya.

CAT S42 sudah berada di pasaran, namun model yang dilengkapi teknologi antimikrobial Biomaster hanya boleh didapati pada awal tahun depan. Agensi-HM

Aktivis tak setuju polis semak telefon bimbit orang awam

Leave a Reply