Kanak-Kanak Lahir Pada Atau Selepas 1 Januari 2020 Layak Dapat Suntikan Vaksin Pneumokokal secara percuma

Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai bayi kelahiran 2020, pemberian suntikan vaksin Pneumokokal di Klinik KKM boleh di ambil bermula hari ini

Pemberian suntikan vaksin Pneumokokal ini percuma untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Menerusi perkongsian KKM di Facebook, vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.



“Pemberian vaksin diberikan kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun.

“Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya.

“Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik.

“Pemberian vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik,” katanya.



Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk membuat temu janji terlebih dahulu dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakkan kesesakan

Ianya bagi memastikan kepatuhan kepada norma baru dalam usaha mencegah penularan penyakit Covid-19.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin Pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta boleh memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi Pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.

Pemberian vaksin Pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta adalah tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.



Ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal anak mereka di klinik kesihatan KKM dinasihatkan untuk membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.

Ibu bapa boleh juga mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin Pneumokokal, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari jam 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan kepada emel [email protected].



Pembelian panik vaksin influenza.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker