307 sebab kenapa saya patut dibebaskan dalam kes SRC, Najib beritahu mahkamah

Najib Razak mengemukakan 307 sebab dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan beliau atas tujuh tuduhan melibatkan dana SRC International.

Antara hujah yang dikemukakan adalah hakim perbicaraan (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) khilaf dalam keputusannya untuk memanggil beliau membela diri terhadap tuduhan penyelewengan kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang dan seterusnya mensabitkan beliau.

Pada 28 Julai, Nazlan menjatuhkan hukuman 12 tahun atas ke atas Najib untuk penyelewengan kuasa, 10 tahun untuk pecah amanah dan 10 tahun untuk pengubahan wang melibatkan dana RM42 juta SRC International.

Nazlan mengarahkan hukuman berkenaan dijalankan serentak dan turut mengenakan denda RM210 juta terhadap Najib.

Dalam petisyen rayuannya, Najib berkata hakim berkenaan gagal menimbang pembelaannya bahawa Low Taek Jho, or Jho Low, memperdaya beliau dan memanipulasi akaun banknya.

Najib juga mempertikaikan rumusan Nazlan bahawa penjelasan beliau mengenai derma yang diberikan oleh Raja Abdullah lebih bersifat untuk faedah sendiri.

“Hakim terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan adalah jelas bahawa Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil (bekas CEO SRC International), Azlin Alias (bekas setiausaha sulit kanan Najib) telah ditugaskan oleh perayu untuk memastikan terdapat wang yang mencukupi di dalam akaun perayu,” kata Najib.

“Hakim telah terkhilaf dalam fakta dan/atau undang-undang apabila membuat dapatan bahawa identiti pemindah wang bagi transaksi 2011 hingga 2013 tidak menyokong kesahihan sumbangan Arab kerana kesemua pemindahan wang tidak menunjukkan nama Raja Abdullah,” kata Najib.

Peguam beliau, Harvinderjit Singh berkata rayuan bekas perdana menteri itu difailkan 19 Okt, setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan melanjutkan pendaftaran petisyen berkenaan untuk 30 hari.

Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Dis sebagai tarikh sebutan kes berkenaan.FMT

Kenali Hakim yang mengendalikan kes SRC.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker