Aduan Kepada Lembaga Disiplin UMNO Terhadap Annuar Musa Tular

Tular Satu aduan bertulis telah dikemukakan kepada Lembaga DIsiplin UMNO berkenaan terhadap Tan Sri Annuar Musa telah dibuat dan diterima oleh Jabatan Pengurusan Disiplin dan Perlembagaan Parti , Ibu Pejabat UMNO pada 24 November yang lalu.

Aduan bertulis ini telah dikongsikan oleh sebahagian maklumatnya oleh seorang pelayar media sosial bernama Abdul Rahman Abdullah di laman Facebook peribadi beliau.

Didalam aduan bertulis tersebut beliau mahu Lembaga Disiplin UMNO menyiasat Annuar Musa berhubung beberapa pendedahan maklumat sulit yang telah didedahkan oleh Annuar Musa dalam satu program sesi temubual beliau bersama Ketua Penerangan UMNO Saudara Shahril Hamdan dengan tajuk ‘Annuar Musa dan Soalan Cepumas Panas!’

https://www.youtube.com/watch?v=9aV6XQ4DOqo

Dalam temubual tersebut Annuar Musa merupakan sebagai tetamu undangan telah ditanya oleh Saudara Shahril Hamdan pelbagai isu yang berkaitan dengan politik khususnya berkenaan dengan poltik UMNO.

Pengadu percaya bahawa Annuar Musa telah mendedahkan isu – isu sensitif yang menjadi rahsia kepimpinan tertinggi UMNO.

Sehingga kini tiada sebarang komen dari Annuar Musa ataupun Ibu Pejabat UMNO berhubung isu tersebut

 

Belakangkan Keputusan Parti : Parti Setuju Jawatankuasa Disiplin Siasat – Zahid

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker