[VIDEO] Rider BUNGKUSIT Maut Dilanggar Pemandu Dipercayai…

Rider Bungkusit maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai terlelap di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke Plaza Tol Sungai Besi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, mangsa, Zhafari Bukhori, 34, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati pemandu Honda Civic berusia 47 tahun yang berada di lorong ketiga dipercayai terlelap ketika melalui selekoh di lokasi berkenaan.



“Kereta dipandu lelaki itu kemudian melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di lorong kiri.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=1u55p8P8f98[/embedyt]

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berkenaan diseret sejauh kira-kira 1.5 meter dan menyebabkan mangsa cedera parah.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, pemandu kereta itu dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian Evidential Breath Analyzer (EBA).



“Namun, hasil ujian dilakukan didapati negatif. Lelaki berkenaan kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker