Hidup berteman sampah lebih 2 tan

Hidup berteman sampah lebih 2 tan

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas di Permas Jaya di sini tinggal dalam keadaan rumahnya menjadi ‘gudang’ sampah sarap sehingga menyebabkan gangguan dan ketidakselesaan kepada kejiranan mereka.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya, A Habib Syed Sallilah Aasad berkata, rumah lelaki warga emas tersebut seakan tempat pelupusan sampah yang dipenuhi dua tan bahan buangan termasuk sisa makanan, timbunan plastik, kotak dan tin.



Keadaan timbunan sampah di pekarangan dan dalam rumah milik seorang lelaki warga emas di Permas Jaya, Johor Bahru, menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Keadaan timbunan sampah di pekarangan dan dalam rumah milik seorang lelaki warga emas di Permas Jaya, Johor Bahru, menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.

“Perbuatannya menjejaskan keselesaan jiran kerana terpaksa sentiasa menutup pintu dan tingkap tidak tahan bau busuk dan nyamuk yang banyak.



“Malah jirannya juga mengadu boleh menghidu bau busuk pada jarak kira-kira 200 meter sehingga menjejaskan sambutan perayaan.

“Apabila ditegur jiran, lelaki itu naik angin yang dibimbangi boleh menyebabkan gaduh selain dia menyatakan sanggup bayar kompaun pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, sebelum ini pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menawarkan bantuan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tetapi lelaki itu menolaknya dengan alasan mahu membersihkan rumahnya sendiri.

Menurut A Habib, selepas itu pihaknya memberikan tempoh untuk berbuat demikian namun masih gagal memberi kerjasama sebelum SWM Environment menjalankan kerja-kerja pembersihan.



Susulan itu katanya, SWM Environment melakukan satu operasi pada Khamis melibatkan lima pekerja menggunakan jentolak dan sebuah lori roll-on roll-off (RORO) 16 tan membersihkan 2,200 kilogram sisa atau 2.2 tan dari kediaman itu.

“Kami mengenal pasti beberapa lagi rumah di kawasan ini yang turut dijadikan tempat pengumpulan sampah.
“Diharap pemilik rumah segera mengambil langkah bagi membersihkannya,” katanya. Sinar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker