Jangan kacau Najib, YDP bagi amaran kepada MP Jelutong

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memaklumkan ucapan Najib Razak tidak merujuk kepada mana-mana individu.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memberi amaran kepada ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer supaya tidak mengganggu ahli Parlimen Pekan, Najib Razak di Parlimen.

“YB amaran saya pertama,” katanya sambil meminta Rayer duduk.

Terdahulu, ucapan permulaan Najib ketika membahaskan Belanjawan 2021 kecoh seketika apabila Rayer mencelah.



Beliau membangkitkan peraturan Dewan dengan mendesak Najib menarik balik perkataan kerajaan “gagalkrasi” PH yang disifatkannya sebagai mengelirukan.

Azhar kemudian memaklumkan, ucapan Najib tidak merujuk kepada mana-mana individu.

“Saya sedang buat ‘ruling’, Pekan tidak merujuk kepada mana-mana ahli,” katanya samabil meminta Najib meneruskan ucapan.

Tindakan Rayer itu turut mengundang rasa tidak puas hati wakil karajaan yang menyifatkan ahli Parlimen DAP sengaja melakukan provokasi.



“Speaker tidak perlu layan Jelutong, saja nak ganggu, buat kacau saja,” kata beberapa wakil rakyat kerajaan.

Terdahulu, Najib menerusi ucapan perbahasan Belanjawaan 2021 meminta kerajaan menambah RM1,000 kepada rakyat Sabah kerana negeri itu paling teruk terjejas akibat gelombang ke-3 Covid-19.

“Sabah antara negeri paling tinggi kadar kemiskinannya dan bertambah teruk semasa zaman gagalkrasi PH, di mana kadar pertumbuhan Sabah turun dari 8.2% pada 2017 zaman BN kepada 1.5% 2018 dan 0.5% pada 2019, 2 tahun berturut-tuurt zaman PH,” kata Najib.

Najib ketika menyambung perbahasannya menganggap Rayer sebagai pengacau.



“Jelutong selalu mengacau,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, beberapa wakil pembangkang bangkit mencelah tetapi tidak dibenarkan Azhar.

Sebelum Najib memulakan ucapan, Rayer mempersoalkan mengapa ahli Parlimen Pekan itu diberi masa membahaskan Belanjawan 2021 sehingga 90 minit sedangkan pihak lain hanya 15 minit.

Azhar kemudian meminta Jelutong tidak menjadikan ia sebagai isu, kerana beliau memberikan masa sama rata termasuk 90 minit kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam.



“Setiap ketua blok parti diberi masa 90 minit, semalam ketua pembangkang saya beri 90 minit juga, Pekan mewakili BN, dan YB Langkawi minta masa sama saya akan berikan juga,” kata Azhar-FMT

Rayer Jelutong buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker