Lokman Noor Adam ditahan polis · MYKMU.NET

Lokman Noor Adam ditahan polis

Share
Lokman Noor Adam

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis malam tadi.

Difahamkan, beliau ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.

Beliau menerusi siaran langsung bertajuk ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul? itu turut memaklumkan didatangi pegawai polis sebelum menamatkannya.

Mengesahkan lagi penahanan itu, beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam.

“Mohon hantar peguam ke JSJT (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman.

“Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, beliau sering bersiaran langsung di Facebook berkenaan isu semasa termasuk berkaitan permohonan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan berkenaan. HM

Isu Adam Rosly ‘Disneyland’: PKR Pilih Kasih?

Leave a Reply