‘Belanjawan Perpaduan’ perkembangan positif, amat dialu-alukan, kata Salleh

Kesediaan Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menggubal “Belanjawan Perpaduan” dilihat sebagai perkembangan positif dan amat dialu-alukan dalam mengutamakan kepentingan rakyat mendahului politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Salleh Said Keruak berkata, negara masih mempunyai peluang untuk mencari penyelesaian terbaik sekiranya semua pihak membuat perancangan rapi dan mengumumkan belanjawan yang kukuh.

“Ini boleh dilaksanakan jika rakyat Malaysia mengetepikan pendirian politik untuk seketika dan bekerjasama demi kebaikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemimpin Umno Sabah itu berkata, kerajaan di serata dunia bertungkus-lumus untuk mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan dan ekonomi yang cetuskan oleh pandemik Covid-19.



“Apa yang kita lalui hari ini belum lagi berakhir dan ada kemungkinan keadaan akan menjadi bertambah buruk.

“Ekonomi maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah hanya mampu menghadapi konflik ini hari ini dan terpaksa mengubah pendekatan yang digunakan kerana pandemik Covid-19 sangat tidak menentu,” katanya.

Terdahulu hari ini, beberapa pemimpin PH hadir ke Kementerian Kewangan untuk berbincang dan berunding berhubung kandungan Belanjawan 2021 dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebelum ia dibentangkan di Parlimen 6 Nov ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang hadir dalam pertemuan itu berkata, walaupun terlalu awal untuk pembangkang menyokong belanjawan tersebut, namun pertemuan dengan Tengku Zafrul adalah langkah pertama ke arah itu.



Beliau hadir bersama-sama beberapa orang pemimpin PKR, termasuk Wong Chen, Akmal Nasir dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Hari ini adalah rundingan pertama. Menteri (Tengku Zafrul) juga menyatakan kesediaan untuk melanjutkan (perjumpaan) mengikut kesesuaian.

“Ia satu proses. Di pihak kita, kita sampaikan pandangan. Ini baru memulakan langkah,” katanya kepada media selepas pertemuan di Putrajaya, hari ini.

Saifuddin berkata, secara khusus PH mengemukakan 6 cadangan berhubung Belanjawan 2021.



Turut hadir ialah pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Ong Kian Ming dan Tony Pua. Manakala Amanah diwakili Mohamad Sabu dan Dzulkefly Ahmad. FMT

Belanjawan 2021 amat penting kepada rakyat – Agong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker