Muzium beg plastik ‘bungkus’ sejarah konsumerisme manusia

Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. - Foto AFP
Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. – Foto AFP

GLASGOW: Artis British, Katrina Cobain membuka bungkusan dan mengeluarkan isi kandungannya dengan perlahan-lahan dan berhati-hati seolah-olah beliau mengendalikan skrol papirus kuno

Namun, barang yang diletakkan di atas meja di studio yang diubah daripada kilang paip tembakau lama di timur bandar raya ini sebenarnya hanyalah beg plastik.

Bagaimanapun, kepada ramai orang, ia dianggal ‘barang sejarah’ mewakili sisa buangan pengguna abad ke-20 dan ke-21.

 

Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. - Foto AFP
Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. – Foto AFP

 

Bagi Cobain, 24, setiap beg plastik menceritakan kisah moden, sekali gus mendorongnya untuk menjadi kolektor dan memulakan projek muziumnya.

“Asalnya, saya mendapat ilham apabila merasakan tapak buangan sampah boleh menjadi tapak arkeologi pada masa depan kerana peradaban kita dipenuhi dengan plastik.

“Ia mendedahkan banyak gaya hidup kita dalam tempoh 60 tahun ini dalam konteks konsumerisme dan sejarah sosial.

“Ia boleh mendokumentasikan atau mendedahkan peralihan penting dalam gaya hidup, peristiwa bersejarah utama dan ia turut berubah dalam gaya reka bentuk grafik,” katanya.

Katrina Kaif Dan 5 Artis Bollywood Muslim Ini Pakai Tatu, Walaupun Haram

 

Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. - Foto AFP
Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. – Foto AFP

 

Cobain mula menguar-uarkan hasratnya untuk memulakan projek muzium yang diisi dengan beg plastik dari seluruh dunia.

Koleksinya kian bertambah termasuk dari New York dan era Soviet Union.

Koleksi lain adalah untuk memperingati jet supersonik Concorde dan perkahwinan putera sulung Queen Elizabeth II dan pewaris takhtanya, Putera Charles dengan Lady Diana Spencer pada 1981.

“Saya tidak tahu bagaimana mereka terfikir untuk menghasilkan beg plastik untuk memperingati perkahwinan diraja.

“Ia menunjukkan tahap penghasilan beg plastik pada masa itu hingga turut membabitkan acara sebegitu,” katanya.

Erdogan visits Hagia Sophia after reconversion to mosque

 

Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. - Foto AFP
Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. – Foto AFP

 

Rancangan Cobain untuk mengadakan pameran terganggu dengan pandemik COVID-19, sekali gus mendorongnya untuk mengubahkannya kepada secara dalam talian.

Terbukti perintah berkurung menjadi masa terbaik untuk mengambil foto koleksinya, membina laman web dan melancarkan plasticbagmuseum.com. Bagaimanapun, pameran secara fizikal masih dalam perancangan.

 

Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. - Foto AFP
Artis British, Katrina Cobain, 24, dengan koleksi beg plastik di The Plastic Bag Museum, Glasgow. – Foto AFP

 

Di sebalik minatnya kepada beg plastik yang semakin banyak caj dikenakan, Cobain menyimpan impian supaya ia akan menjadi sejarah.

“Beg plastik tentunya merosakkan alam sekitar. Foto menunjukkan sekian banyak beg plastik yang terbuang di laut dan bagaimana ia mengancam habitat semulajadi haiwan.

“Justeru, dengan mewujudkan muzium beg plastik, ia membantu masyarakat untuk menerima idea bahawa objek itu sepatutnya menjadi sejarah sahaja,” katanya. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker