Gesaan ‘kesatuan’ semalam gagal, Azmin ‘dibahan’ pemimpin PH

Sejumlah pemimpin PH nampaknya tidak menyambut baik gesaan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali agar pemimpin politik “mendakap kesatuan” bersama rakyat bagi menangani wabak Covid-19.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata semua pihak memang terlibat dalam menangani wabak tersebut tanpa memerlukan gesaan daripada Azmin.

“Semua rakyat terlibat dalam wabak ini. Dalam menghadapi wabak Covid-19 ini, kita semua bekerjasama.

“Tak perlu siapa-siapa suruh. Kita ambil tanggungjawab bersama (melangkaui perbezaan politik),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Azmin dalam satu kenyataan semalam menggesa semua pihak agar bersatu dalam membendung penularan wabak Covid-19.

“PN menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas BN memutuskan untuk terus menyokong PN setelah gabungan itu berdepan tekanan sehingga menggugat kelangsungan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Azmin mahu pemimpin langkaui perbezaan, mendakap kesatuan

 

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula menyifatkan sukar untuk menerima nasihat daripada “pengkhianat”.

“Nasihat daripada pengkhianat sukar untuk kami patuhi. Maka, meminjam ayat yang dia pernah ucapkan kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim – cermin muka dulu,” katanya.

Dia juga membangkitkan pesanan yang menurutnya pernah diungkapkan Saidina Umar al-Khattab berkenaan kebinasaan sesebuah negara.

“Saidina Umar pernah berpesan, sebuah negara yang makmur pun boleh binasa. Sahabat pun bertanya, bagaimana negara makmur boleh binasa?

“Umar jawab, jika ketua kerajaanya pengkhianat dan harta dimiliki oleh orang-orang fasik.

“Pesanan saya kepada Azmin, hayati pesanan Umar al-Khattab,”

Label “pengkhianat” diberikan kepada Azmin oleh sejumlah pihak terutama pembangkang, susulan peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan PH selepas mentadbir negara selama 22 bulan.

Tiada jaminan Umno sokong Belanjawan 2021 jika Muhyiddin abai permintaan

Bagaimanapun laporan Berita Harian 24 Feb lalu memetiknya sebagai menafikan gelaran itu dan berkata langkahnya dan 10 lagi ahli Parlimen untuk keluar PKR adalah bagi menggagalkan rancangan menjatuhkan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, sebelum tamat penggal.

Gesaan kesatuan Azmin di saat Belanjawan 2021 bakal dibentang dan diundi dalam sidang Dewan Rakyat pada November ini.

Ada kebimbangan pengundiannya akan menjadi medan untuk undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengusulkan pertemuan antara Muhyiddn dengan pembangkang bagi membincangkan belanjawan itu.

Wartawan veteran A Kadir Jasin malah mencadangkan agar ia dirangka secara bersama oleh kerajaan dan pembangkang, menyifatkan usul itu terlalu penting untuk dijadikan “peras ugut politik”.

Calon TPM, Mohamad Hasan, Ismail Sabri atau Hishammuddin?

‘Mungkin ada belanjawan luar biasa’

Naib Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membayangkan kemungkinan sebuah “belanjawan luar biasa” kali ini.

Dia juga menegaskan sebarang keputusan mengenai perkara itu akan ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Sememangnya DAP mengutamakan rakyat dan perbezaan pendapat politik itu perkara biasa.

“Apa yang disuarakan oleh Yang Dipertuan Agong (berkenaan semua ahli Parlimen menyokong belanjawan) disanjung tinggi Apa pun belanjawan mestilah dibentangkan untuk anggota Parlimen memberi maklum balas atau cadangan.

“Tidak boleh dinafikan dalam keadaan kritikal ini pihak pemerintah akan mengukuhkan kedudukannya, mungkin ada belanjawan yang luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan PN kini tidak lagi boleh merasa selesa dan bersifat eksklusif kerana ia hanya mempunyai majoriti tipis.

“Sebaliknya penglibatan semua pihak dalam agenda perdamaian nasional membolehkan negara ditadbir dengan penyertaan menyeluruh rentas parti bagi memastikan kestabilan politik terpelihara demi kesejahteraan dan fokus membantu rakyat,” katanya.

Api kemarahan akar umbi akan terus memuncak jika gesaan Umno tak dihormati, kata Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker