Resepi bahulu rangup pasti jadi, guna 3 bahan saja

Hasilkan Bahulu Yang Empuk dan Rangup. Tambah-tambah waktu PKPB ini, ramai yang lepak di rumah saja. Jom cuba buat bahulu di rumah.

Menggunakan 3 Bahan Sahaja. Stail Bahulu Kampung!

Bahulu semestinya menjadi kegemaran ramai. Biasanya, kita beli je bahulu kat shopping mall. Tapi sebenarnya senang nak buat bahulu ni…

Resepi gunakan 3 bahan ni memang senang & mudah. Tak sampai 10 minit untuk sediakan adunan. Hasilnya sangat empuk di dalam dan rangup di luar! Siapa yang makan mesti jatuh cinta dengan bahulu ni. Tunggu apa lagi? Jom try.

Bahan yang diperlukan:

1 cawan tepung gandum

1 cawan gula kastor atau gula halus

3 biji telur

Cara penyediaan:

1. Campurkan telur dan gula. Pukul hingga kembang.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sebati (boleh guna hand mixer).

3. Sapukan minyak masak dan isi acuan dengan adunan (jangan penuh).

4. Bakar pada suhu 160°C selama 20-30 minit.

5. Keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan pada suhu bilik.


Yay! Dah siap pun bahulu stail kampung, empuk dan rangup. Sedap sampai tak berhenti makan…


Dihidangkan bersama kopi panas-panas. Fuh, perfect! Jangan lupa

Kredit: Julia Aleen Airesh

Resepi Sweet Corn paling sedap dan mudah, tak perlu beli lagi di luar

Resepi biscoff cheese no bake yang paling mudah dan sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker