Azim, I Love You Too -Janet Jackson ucap takziah atas pemergian Pengiran Muda Abdul Azim

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal antarabangsa, Janet Jackson meluahkan rasa sedih dengan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah pada Sabtu lalu.

Janet Jackson turut mengucapkan ucapan takziah atas pemergian sahabat baiknya itu.

Instagram Story Janet Jackson



Luahan itu diucapkan adik kepada Michael Jackon itu menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya semalam.

“Azim, saya sayang awak dan Insyallah tiada lagi kesakitan. Dengan nama yang Maha Esa, Dia akan menjaga kamu sekarang. Amin,” tulisnya.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei (RTB), putera itu dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas Asar.

Susulan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya supaya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula hari tersebut.



Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Baginda juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, London.

Pengiran Muda Abdul Azim dikenali sebagai anak raja yang prihatin terhadap isu kemanusiaan selain bersahabat baik dengan selebriti di Hollywood. -Awani

Bersahabat Dengan Mariah Carey, Ini 5 Fakta Mengenai Allahyarham Pengiran Muda Haji Abdul Azim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker