Harga pelitup muka RM0.70 seunit bermula 1 November

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan harga maksimum baharu bagi pelitup muka jenis tiga lapisan (3ply) (pembedahan/perubatan) pada harga RM0.65 seunit di peringkat borong, manakala bagi harga runcit RM0.70 seunit.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga baharu tersebut akan dikuat kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bermula pada 1 November nanti.

“Sebelum ini KPDNHEP telah mewartakan harga maksimum bagi pelitup 3ply (pembedahan/perubatan) pada harga RM0.95 seunit di peringkat borang, manakala bagi harga runcit RM1.00 seunit sejak 15 Ogos lalu.

“KPDNHEP sentiasa memastikan bekalan pelitup muka dan pematuhan kepada harga maksimum yang telah ditetapkan melalui pemantauan dan pemeriksaan yang berterusan di semua premis perniagaan serta kedai atas talian,” ujarnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Alexander berkata, pihak KPDNHEP telah menjalankan 67,217 pemeriksaan dan pemantauan harga bekalan bagi pelitup muka di seluruh negara sejak 29 Januari 2020 sehingga 25 Oktober 2020.

“Tindakan tersebut berjaya menghasilkan sebanyak 73 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM 543,737.40 dan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM 518,400. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi perintah ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui portal [email protected], pusat panggilan 1800 886 800, email [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU serta WhatsApp ke 019-279 4317,” jelasnya. -K! ONLINE.

Harga siling pelitup muka kini RM1.20

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker