PKPD di 2 kawasan di Selangor, satu di Sarawak mulai esok

Share

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di dua kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Kawasan di Selangor adalah Flat Sungai Emas di Kuala Langat dan Plaza Hentian Kajang di Hulu Langat.

Kawasan di Sarawak pula Kampung Haji Baki di Kuching.

PKPD di Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang berkuatkuasa esok sehingga 10 Nov, manakala di Kampung Haji Baki di Kuching berkuatkuasa esok sehingga 11 Nov.

PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Pulau Pinang pula – yang bermula 15 Oktober lalu dan dijadual berakhir esok – dilanjutkan sehingga 11 November. Mk

PKPD mungkin dikuat kuasa di Sarawak jika kes terus meningkat

Leave a Reply