PSS iktiraf PTI, berkahwin beranak -pinak dan diberi hak sama seperti rakyat Sabah

Impian Kerajaan Warisan sejak 20 bulan lalu nampaknya tercapai bulan jun 2020 ini. Pelarian IMM13, PTI Kad Banci dan Burung-burung kini sudah boleh menetap sepanjang hayat, hanya perlu sambung 3 tahun sekali. PSS juga dapat hak sama dengan rakyat Sabah.

Apapun alasan Kerajaan Warisan sehingga sanggup mendedahkan Minit Mesyuarat satu jawatankuasa kecil tahun 2015 hakikat yang rakyat perlu tahu pemberian PSS diputuskan dalam Mesyuarat yang baru di bawah Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 September, 2019 dipengerusikan secara bersama Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal Ketua Menteri pada hari yang sama.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 sebagai alasan luluskan dasar baru PSS! ]

Di Peringkat Persekutuan pula Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan PATI dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang diselaraskan oleh Menteri Dalam Negeri. Apapun cadangan dalam kertas jawatankuasa ia hanya sekadar cadangan bukan pelaksanaan. Jadi Minit Mesyuarat 4 atau 5 tahun lalu amat tidak relevan.

Pendedahan itu hanya makan diri kerana minit mesyuarat yang dimaksudkan itu hanyalah dari sebuah jawatan kuasa kecil. Shafie dan Azis Jamman sepatutnya menunjukkan kandungan baru Minit Mesyuarat September 2019. Atau cabutan minit Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan termasuk Mesyuarat Kabinet Negeri jika ada keputusan negeri. Tunjukkan biar rakyat tahu Kerajaan Warisan yang membuat keputusan itu melalui rancangan 20 bulan lalu selepas berkuasa.

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]
Mengapa rakyat bantah PSS?

Rakyat Sabah tahu kad IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Hanya kad ini sahaja yang diiktiraf UNCHR.

Pendatang ekonomi pula diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an dan kad Sijil Banci diberikan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an. Soalannya bangsa siapa paling banyak diberikan kad Burung-burung dan Sijil Banci ini?

IMM13 berstatus imigresen dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut rekod terdapat 51,645 pemegang IMM13; 47,518 pemegang Sijil Banci dan 39,892 pemegang kad Burung-Burung. Maka jumlah yang diberikan PSS adalah sekitar 140 ribu belum termasuk tanggungan sebagaimana yang diputarbelitkan Azis Jamman Timbalan Menteri KDN.

Kerajaan Warisan mencadangkan PSS dengan membatalkan 3 dokumen itu atas alasan mengesan kedudukan PTI dan juga mengelakkan pemalsuan. Namun benarkah pemalsuan dapat dielakkan melalui PSS. Apa dokumen tidak dipalsukan di negara ini? Kad Pengenalan pun warga China sanggup beli sehingga RM600 ribu.

Agenda Tersembunyi PSS: Iktiraf PTI tinggal lama di Sabah

Hanya IMM13 diiktiraf namun di mana letaknya hak pemegang dokumen Sijil Burung-burung dan Surat Bancian diberi PSS? Apa perlunya menyatukan 3 dokumen ini?. Semua pihak tahu Sijil Burung-burung dan Surat Bancian bukanlah dokumen pengenalan atau perjalanan sah yang diiktiraf disisi undang-undang Malaysia.

Jadi mengapa PSS perlu dikeluarkan kepada mereka? Kenapa benarkan mereka untuk berada di Sabah sedangkan mereka telah memasuki Sabah secara haram?

Sekarang PSS istimewa diberi masa tiga tahun atau 1095 hari di Sabah, tidak perlu keluar untuk memperbaharui PSS, pembaharuan tanpa had, hanya perlu membayar  RM120 untuk tiga tahun atau RM40 setahun. Warganegara Malaysia yang berasal dari Semenanjung dan Sarawak diberikan tempoh hanya 90 hari atau tiga bulan di Sabah sebelum mereka harus KELUAR dan masuk semula sebelum kebenaran baru boleh diberikan.

Penerima PSS hanya perlu membayar RM0.10 sehari (RM40 dibahagi 365 hari), untuk tinggal di Sabah untuk menikmati keistimewaan warganegara seperti sekolah, hospital, menggunakan bekalan air dan letrik. Bukan itu sahaja, mereka juga menikmati perlindungan keselamatan oleh polis dan tentera, menerima bantuan kebakaran, disediakan kawasan perumahan, merebut peluang pekerjaan, perniagaan, layak membuka akaun bank.

Keturunan PSS dan kewarganegaraan

Kerajaan Warisan berkata PSS bukan pemberian kad pengenalan. Bagaimana kenyataan Menteri KDN dan timbalannya digunakan sebagai sandaran sedangkan jawapan mereka mengenai jumlah sebenar pemegang IMM13 pun ‘berbelit-belit’ macam ular. IMM13 kononnya tidak diterima oleh Filipina tetapi kantoi selepas dinafikan kedutaan Filipina. Sepatutnya baki IMM13 ini dirunding secara sukarela kembali ke Filipina.

Tetapi mereka lupa ia PSS ialah satu dari laluan sebagai warganegara. Sama ada pemohon sanggup menunggu bertahun atau keturunannya secara automatik sebagai warganegara selepas berkahwin dengan warga tempatan secara sah.

Pengumuman Menteri KDN pemegang kad PSS layak mendapat kemudahan dan keistimewaan sebagaimana rakyat Malaysia menambahkan lagi amarah rakyat. Malah boleh membuat penerbangan sebulan ke Semenanjung Malaysia. Semua itu datang dari mana kalau bukan duit pembayar cukai yang merupakan warganegara. Nampak tak? SEMUA keistimewaan ini hanya perlu dibayar 10 sen sehari.

PSS jelas adalah langkah pemutihan dan pengiktarafan PTI! Keburukan PSS adalah lebih banyak berbanding kebaikan. Suatu hari jika keturunan PSS berkembang rakyat tulen Sabah menjadi sampah di negeri sendiri.

[http://sabahkini2.com/en/news/2496/pss-iktiraf-pti-berkahwin-beranak-pinak-dan-diberi-hak-sama-seperti-rakyat-sabah/view]

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker