Jerman berdepan krisis tisu tandas

Bungkusan tisu tandas disusun di sebuah gudang logistik di Bingen, barat Jerman pada 20 Mac 2020. – AFP

BERLIN – Jerman diramal berdepan  masalah kekurangan tisu tandas dan kertas kadbod sekiranya bekalan gas dari Russia terus berkurangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor laman berita RT kelmarin.

Menurutnya,  operasi kilang kertas akan mengalami kerugian sekiranya mereka terpaksa menghasilkan produk pada kapasiti yang dikurangkan disebabkan masalah bekalan gas.

Pengerusi Lembaga Persatuan Kertas Bavaria, Jurgen Schaller berkata, ini kerana proses penghasilan kertas memerlukan bekalan air, elektrik dan gas dalam jumlah  yang besar.

Menurutnya, teknologi tersebut telah dicuba dan diuji, serta tidak dapat diubah dengan segera.



“Ramai pekerja di syarikat saya kini bimbang dengan situasi sekarang  dan saya tidak menyalahkan mereka.

“Ini kerana jika kita hanya boleh mengeluarkan 50 atau 60 peratus daripada kapasiti produk, operasi kilang kami  tidak akan menguntungkan. Sejujurnya, saya juga bimbang,” katanya kepada akhbar tempatan Zeit Online.

Jerman dan Kesatuan Eropah secara keseluruhan menyaksikan pengurangan dalam penerimaan bekalan gas asli dari Russia. Perkembangan tersebut mendorong kerajaan masing-masing mengeluarkan amaran yang boleh menjejaskan industri.

Saluran paip Nord Stream 1 kini beroperasi cuma 20 peratus daripada kapasiti  sepenuhnya. Moscow  memberikan alasan masalah teknikal berkaitan turbin di stesen pemampat Portovaya, Russia sebagai punca ia terpaksa memotong bekalan gas cecair ke Eropah terutamanya Jerman.



Syarikat gergasi tenaga Russia, Gazprom mendakwa, pihaknya  gagal menggunakan saluran paip  transit lain iaitu melalui Ukraine dengan kapasiti penuh kerana rangkaian pengangkutan gas negara itu telah menolak permohonan transit. – Agensi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah



Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker