Permohonan tangguh pemilihan Umno lulus

Permohonan tangguh pemilihan Umno lulus

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti itu ke selepas PRU15, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

“JPPM bersetuju kepada pindaan perlembagaan Umno agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada 6 bulan selepas diadakan sesuatu PRU,” katanya dalam kenyataan.



Berikut adalah kenyataan penuh Ahmad Maslan.

*Kenyataan Media*

Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menerima surat daripada Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/ROS) pada petang Jumaat 29 Julai 2022.

Sukacita dimaklumkan bahawa ROS telah meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO. Kelulusan ROS itu berkuat kuasa pada tarikh 29 Julai 2022.



ROS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada 6 bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

ROS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada 6 bulan selepas PRU-15 diadakan.

Bagi pihak UMNO, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada ROS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO.



(Ahmad bin Maslan)
*Setiausaha Agung UMNO*
Jumaat 29 Julai 2022.

Permohonan tangguh pemilihan Umno lulus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker