Tanggung sendiri la Yop, nak tunjuk samseng lagi

Seramai 60 penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal masing-masing lebih tiga kilometer (km) untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Kesemua mereka yang berusia antara 14 hingga 20 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tekkah, Assam Kumbang berdekatan Lapangan Terbang Tekah di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Taiping itu bermula pada 5 petang dan berakhir 10 malam tadi.

Menurutnya, operasi itu berhasil menyita 23 motosikal, selain mengeluarkan 60 saman dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 84 motosikal.



“Saman turut dikeluarkan terhadap empat kereta yang turut diperiksa salam operasi ini.

“Secara keseluruhan sebanyak 107 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kesalahan yang dilakukan adalah tiada lesen membabitkan 27 kesalahan, disusuli berkaitan nombor pendaftaran (21), cermin sisi (19), topi keledar (12), aksesori (11), ekzos (10) dan lesen tamat tempoh (7),” katanya.

Selain itu, Razlam berkata, sebanyak 13 kompaun juga dikeluarkan dalam operasi itu bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) khususnya bagi kesalahan mengabaikan penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka. HM



https://mykmu.net/2017/07/27/hanya-di-malaysia-jadi-mp-atas-isu-fitnah-bila-kalah-saman-rakyat-disuruh-tanggung/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker