Kesemua Model iPhone 12 Melepasi SIRIM, Termasuklah Pengecas Magsafe

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai iPhone 12 yang dilihat dalam senarai kelulusan SIRIM. Hal ini menandakan bahawa siri iPhone 12 akan dilancar di Malaysia pada bila-bila masa sahaja. Terkini, kesemua model iPhone 12 dilihat dalam senarai SIRIM termasuklah pengecas MagSafe.

Dengan ini, kita pasti boleh menjangkakan tarikh penjualan atau pra-tempah siri iPhone 12 dan MagSafe di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat. Sepintas lalu, siri iPhone 12 terdiri daripada iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

MagSafe ialah pengecasan wayarles yang diperkenal seiring dengan pelancaran siri iPhone 12. Pengecas MagSafe melekap secara magnetik di panel belakang iPhone 12. Pengecas ini turut serasi dengan pengecasan Qi, jadi anda boleh mengecas peranti generasi iPhone 8 ke atas secara wayarles menggunakan MagSafe.-Budiey.com

Lima perkara, kejutan dalam pengumuman iPhone 12

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker