Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia – Kaji selidik IDE

Spekulasi Pengisytiharan Darurat menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat berkenaan ura-ura perintah yang dikatakan dicadangkan Kabinet dalam mesyuarat khas Jumaat lalu.

Namun, kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, pilihan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sebanyak 49.80 peratus (25,469) responden menyatakan sokongan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri,” kata badan pemikir itu dalam kenyataan hari ini.

Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk ‘Rakyat Malaysia Bersuara’ yang dijalankan IDE secara elektronik bermula jam 4 petang 24 Oktober, 2020, hingga 12 tengah malam tadi.

Tinjauan tersebut dilakukan menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Hasil kaji selidik juga mendapati, 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat, dan ini konsisten dengan kegusaran yang dilontarkan pemerhati politik.

“Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Namun begitu, mereka yang menolak darurat lebih cenderung memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata kenyataan itu lagi. Awani

Boleh guna ke kajian IDE ini? Berapa jumlah responden?

Rakyat tolak darurat!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker