Penduduk cemas hidupan marin di pantai timur Rusia mati, peluncur ombak sakit

Penduduk cemas hidupan marin di pantai timur Rusia mati, peluncur ombak sakit
Ribuan hidupan marin mati terdampar di sebuah pantai di wilayah Kamchatka tanpa sebab yang diketahui, pada 8 Oktober lalu. – Reuters

MOSCOW: Penduduk di sebelah pantai timur Rusia hairan apabila pantai mereka dipenuhi pelbagai hidupan laut yang telah mati, dari karang, ikan malah spesies bercangkerang.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu pada Jumaat mengeluarkan kenyataan bahawa kematian hidupan marin berskala besar di perairan wilayah Kamchatka adalah disebabkan kehadiran alga toksik, dan bukannya bencana yang berpunca daripada manusia.

Bagaimanapun, kumpulan pejuang ekstrem alam sekitar, Greenpeace, berkata masih terlalu awal untuk menerima alasan itu, lapor Reuters.



Kumpulan itu memberi amaran tentang malapetaka ekologi awal bulan ini selepas kes para peluncur ombak di semenanjung Kamchatka jatuh sakit selepas menjalankan aktiviti mereka, sementara ribuan hidupan marin terdampar mati di sepanjang pantai.

Sementara itu, kumpulan konservasi dari Tabung Alam Sedunia (WWF) berkata kemusnahan itu dipercayai disebabkan bahan yang mempunyai kadar kelarutan tinggi.

Pada Jumaat, Menteri Sumber Alam Rusia, Dmitry Kobylkin berkata kerosakan alam sekitar itu berpunca daripada sejenis alga.

“Apa yang menyebabkan ini terjadi? Ia adalah tahap toksin alga itu dalam musim ini. Namun apa lebih utama adalah faktor yang mempengaruhi keadaan alga itu… namun saya tiada penjelasan buat masa ini,” ujar Kobylkin.



Pada masa yang sama, aktivis Greenpeace, Elena Sakirko berkata, sampel sudah diambil dari lokasi kejadian dan masih awal untuk meletakkan alga itu sebagai punca sebenar.

“Kita tahu fenomena alga ini hanya berlaku di kawasan perairan yang sangat tercemar,” tegasnya-Awani

Restoran hidang daging eksotik tanpa permit diserbu



 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker