Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas esok di Istana Negara.

Mesyuarat itu difahamkan bagi membincangkan mengenai beberapa cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kepada Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Ia diadakan selepas Muhyiddin dan beberapa Menteri Kabinet mengadakan pertemuan dengan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Abdulaziz, Kuantan, semalam.

Memetik laporan Berita Harian Online, pertemuan Raja-Raja Melayu itu dijangka memperincikan segala cadangan dibawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk kemungkinan untuk melaksana pengisytiharan darurat atau prorog Parlimen.

Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Muhyiddin.

Ia ekoran Jemaah Kabinet bersetuju dengan pelaksanaan “darurat” atas dasar menangani penularan Covid-19.

Keputusan itu dicapai Jemaah Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. MG

Hina Raja, Laporan polis terhadap Ronnie Liu dibuat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker