MCA ucap tahniah pelantikan Hishammuddin · MYKMU.NET

MCA ucap tahniah pelantikan Hishammuddin

Share

SHAH ALAM – MCA mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) baharu menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon kepimpinan dan pengalaman Hishammuddin sebagai pemimpin kanan UMNO diyakini berupaya membantu mengukuhkan struktur organisasi pentadbiran BN.

“MCA berikrar akan memberikan kerjasama penuh dan berganding bahu dengan Datuk Seri Hishammudin serta kepimpinan BN bagi terus memperkasakan lagi BN agar memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat Malaysia.

Hishammuddin dilantik sebagai Bendahari BN yang baru

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Tengku Adnan di atas jasa dan peranan beliau sepanjang menyandang jawatan berkenaan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter MCA hari ini.

MCA menerusi Twitternya mengucapkan tahniah di atas pelantikan Hishamuddin sebagai Bendahari Agung BN baharu menggantikan Tengku Adnan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan setelah berunding dengan presiden-presiden dalam komponen BN.

Katanya, rombakan kecil dalam kepimpinan BN itu bertujuan mengukuhkan struktur organisasi BN dan Tengku Adnan masih kekal menjalankan tugas selaku Bendahari Agung UMNO.

“Tolak Anwar, tolak DAP” – Hishammuddin pula bersuara

Dalam pada itu, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menjelaskan dalam laman Facebook miliknya, pelantikan berkenaan merupakan amanah besar yang mesti digalas dengan ikhlas dan sepenuh hati.

“Saya berdoa, agar segala urusan dalam memikul amanah ini dipermudahkan ALLAH SWT. Amiin Ya Rabbal Alamiin,” katanya.

Mahathir berjuanglah atas kebenaran bukan fitnah demi fitnah – Tengku Adnan

Leave a Reply