Hishammuddin dilantik sebagai Bendahari BN yang baru

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Bendahari Barisan Nasional menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun Tengku Adnan kekal sebagai Bendahari UMNO Malaysia.

Hishammuddin Tun Hussien merupakan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Semberong dan Menteri Luar. Beliau juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO pada penggal lalu.



Dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahmad zahid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tengku Adnan atas khidmat baktinya sebagai Bendahari BN sebelum ini.

Selepas pemilihan UMNO yang lepas Hishammuddin tidak memegang apa-apa jawatan di dalam UMNO mahu pun BN. Beliau hanya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sembrong sahaja. Ini kerana beliau tidak menandingi sebarang jawatan pada pemilihan itu.

https://mykmu.net/2018/01/01/rahsia-ketakutan-sebenar-tun-mahathir-terhadap-pemimpin-yang-meninggalkan-ppbm/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker