AIR Selangor: Polis terima laporan pencemaran di Sungai Kundang

Shah Alam: Polis Selangor sudah menerima laporan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung pencemaran di Sungai Kundang, Rawang yang dikesan pada jam 10.45 pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh kakitangan LUAS itu petang tadi.

“Pihak polis sudah menerima laporan mengenai pencemaran air di Sungai Kundang petang tadi.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“Siasatan oleh pihak LUAS mendapati pencemaran air dikesan di kawasan perindustrian Kundang,” katanya.



Noor Azam berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis sedang bekerjasama dengan LUAS untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Terdahulu, media melaporkan siasatan awal LUAS mendapati pencemaran bau dikesan daripada bahan biodiesel dan mencatatkan keputusan melebihi 10 ton pada aliran yang dilaporkan di kawasan yang disyaki iaitu kawasan Industri Kundang Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, siasatan lanjut LUAS bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ke sebuah premis yang disyaki itu mendapati bau sama sehingga 10 ton dikesan di pelepasan akhir premis berkenaan-HM

Kerajaan Selangor tiada pelan penyelesaian masalah bekalan air, hanya pandai reaksi tanpa tindakan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker