Husam tak setuju alasan Covid-19 sebagai halangan tukar kerajaan · MYKMU.NET

Husam tak setuju alasan Covid-19 sebagai halangan tukar kerajaan

Share

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menyanggah pendapat mengatakan kerajaan tidak boleh ditukar ketika negara dalam keadaan penularan pandemik COVID-19.

Tegasnya, pendapat itu tidak tepat kerana usaha perlu dilakukan untuk mengeluarkan rakyat dari kesan COVID-19 dan kegagalan menguruskan ekonomi dan ketidakstabilan politik memburukkan lagi ekonomi negara.

“Perlu ada perubahan kepimpinan kepada kerajaan yang diberi mandat rakyat, dengan kepimpinan yang progresif, kuat, stabil dan ada rekod prestasi untuk bantu rakyat keluar daripada masalah akibat pandemik COVID-19.

“Pendapat yang mengatakan jangan tukar kerajaan kerana kita sedang hadapi COVID-19 ini tidak tepat. Kerana, kita mahu tukar kepada kerajaan yang mampu keluarkan rakyat dari kesan pandemik ini,” katanya dalam satu program Dialog Malaysia Baharu yang dikongsi melalui Facebook Live beliau.

Husam juga menjelaskan, Malaysia memerlukan pemimpin yang bersedia berkonsolidasi dan mengorbankan kepentingan peribadi demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, Malaysia perlu menggunakan formula politik damai dengan prinsip yang jelas dalam usaha membentuk negara Malaysia yang baharu.
“Semua pihak perlu berlapang dada, berkonsolidasi, untuk Malaysia menjadi kuat dan dapat keluar dari kemelut sosio-ekonomi yang dihadapi rakyat.

“Pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karektor politik cari damai, sebaliknya Tun Dr Mahathir Mohamad cenderung kepada politik permusuhan.

“Untuk kestabilan politik Malaysia, perlu semua pihak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah bekerjsama dengan PH dengan terma-terma yang dipersetujui,” katanya lagi.

Husam menjelaskan, apa juga tindakan yang dilakukan mesti mementingkan ekonomi rakyat seperti mewujudkan peluang pekerjaan, pemantapan ekonomi dan kemasukan pelabur asing.

Rakyat sudah tidak percaya kepada Mahathir, kata Husam

Leave a Reply