Sering buat panggilan lucah, lelaki dipukul dua wanita hingga mati

Seorang lelaki maut dipukul dua wanita selepas didakwa kerap membuat panggilan lucah.

Suspek yang merupakan seorang ibu berusia 50 tahun didakwa memukul lelaki itu setelah mangsa sering mengganggu dan anak perempuannya yang berusia 32 tahun, lapor Times Of India.

Polis dalam satu kenyataan berkata suspek kedua iaitu anak perempuan wanita tersebut menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali baru-baru ini.“Dia menjawab panggilan itu dan memberitahu lelaki itu supaya tidak telefon lagi,” kata polis.

Walau bagaimanapun, lelaki itu berterusan menelefonnya dan bercakap menggunakan kata-kata lucah.

“Dhanalakshmi (anak kepada wanita itu) merakam panggilan itu dan memberitahu ibunya,” tambahnya.
Dalam usaha mengenal pasti lelaki itu, mereka mengundangnya ke rumah.

Ketika lelaki itu muncul, perbalahan berlaku dan kemudian kedua-dua wanita itu mengikat lelaki itu ke sebatang pokok dan memukulnya dengan kayu.

Lelaki itu mengalami kecederaan parah di kaki, muka, kepala dan mulutnya.

Ibu dan anak itu kemudian membuang lelaki itu di landasan kereta api dalam usaha menghapuskan bukti.

Orang awam di sekitar kawasan itu yang melihat kejadian itu terus melaporkannya kepada polis.

Menurut seorang pegawai polis, lelaki itu sempat berjalan beberapa meter sebelum rebah dan mati di jalan raya.
Kedua-dua wanita itu sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan. Awani

Ibuku seorang pembohong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker