Followers Naik Mendadak Selepas Berniqab, NEELOFA Capai 8 Juta Pengikut Di Instagram!

Pengacara dan usahawan fesyen terkenal Neelofa meraih 8 juta pengikut di Instagram sekali gus menggungguli carta selebriti tempatan yang memiliki pengikut paling ramai di Malaysia.

Pencapaian angka 8,007,202 juta tersebut dilihat naik mendadak selepas pengacara program bual bicara Next To Neelofa itu mengumumkan dirinya berniqab pada Khamis lalu.

Hasil tinjauan Gempak hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Nor, 31, yang sebelum ini mencatat 7.8 juta pengikut di Instagram pada minggu lalu telah meningkat kepada angka 8 juta dalam masa tujuh hari.




Terdahulu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi selebriti paling ramai pengikut namun terpaksa akur di kedudukan kedua dengan 7,942,992  juta pengikut.

Carta ini diikuti rapat dengan pelakon Zizan Razak yang mencatatkan 7.6 juta pengikut dan Nora Danish dengan 7.5 juta pengikut-Gempak

‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’ [Video]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker