Suami maut, isteri parah selepas kereta terjatuh jejambat

Seorang lelaki maut, manakala isterinya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh dari jejambat di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 malam itu, lelaki berusia 51 tahun itu tersangkut pada tembok jejambat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Isterinya yang berusia 35 tahun pula dipercayai terjatuh bersama kereta daripada jejambat dan mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.



Anggota perubatan memeriksa keadaan penumpang wanita yang cedera parah selepas terjatuh bersama kereta daripada jejambat.
Katanya, Proton Saga yang dinaiki pasangan itu dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan lalu terjatuh ke bawah jejambat dekat KKIA.

“Mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, manakala isterinya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2,” katanya di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Pemandu mabuk langgar tembok masjid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker