6 pekerja cedera kilang besi meletup di Perai

Sebaran :

Enam pekerja cedera apabila kilang besi di Taman Perindustrian Perai meletup petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.28 petang di Kilang Besi Ann Joo itu, sepasukan 15 anggota dari balai bomba Perai bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Ketua Operasi Bomba Perai Azrul Khairi Abu Bakar berkata, kejadian berlaku di bahagian relau dalam bangunan 3 tingkat itu dan api dapat dipadamkan dalam masa kira-kira 15 minit.

Beliau berkata, 30% bahagian itu rosak akibat kebakaran.



“Kami melakukan penyejukan besi yang sudah dileburkan. Pasukan forensik akan menyiasat punca kejadian ini esok selepas logam itu disejukkan secukupnya,” katanya ketika dihubungi.

Azrul berkata, 6 pekerja terbabit yang berusia 40-an mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan. FMT

Lelaki melecur gas memasak meletup


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *