Pemandu mabuk langgar tembok masjid

Share

Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit di Jalan Berapit di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Shafee Abd Samad, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun itu memandu bersendirian dan siasatan awal mendapati lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kemalangan berlaku di laluan lurus dan pemandu di percayai hilang kawalan sebelum terbabas serta merempuh pagar masjid itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pemandu yang cedera parah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki yang tinggal di Kampung Aston Road itu negatif daripada penggunaan dadah dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!