Polis bantuan guna trak tunda curi kereta tersadai

Share

Tindakan seorang polis bantuan yang menyalahgunakan trak tunda milik majikannya untuk mencuri kenderaan tersadai dengan upah sebanyak RM100 untuk setiap kenderaan yang ditunda terbongkar.

Kegiatan suspek yang berusia 29 tahun itu terbongkar apabila pemilik Proton Iswara membuatlaporan polis berhubung kehilangan keretanya yang rosak itu.

Kereta itu telah diparkir di hadapan sebuah surau di Batu Caves sejak 2014.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil siasatan mendedahkan suspek bersubahat dengan tiga individu lain termasuk seorang pemilik kedai besi buruk,

“Bertindak atas laporan mangsa wanita berusia 30 tahun itu selepas menyedari kehilangan keretanya yang dimaklumkan ia ditunda pada 15 Oktober lalu, sepasukan polis membuat pemeriksaan di sebuah premis syarikat penyuraian trafik selepas mengesan trak berkenaan beralamat sebuah syarikat lebuh raya di Petaling Jaya pada hari yang sama jam 11.30 malam sebelum menahan suspek tersebut.

“Hasil soal siasat, suspek mengakui menerima upah RM100 dari seorang lagi individu sebelum menolak kenderaan di kedai besi buruk dengan harga RM500 dan polis berjaya menangkap suspek kedua warga tempatan pada keesokan jam 1.20 pagi di Jalan Sungai Tua Bati Caves.

“Hasil pemeriksaan di situ, polis berjaya merampas kereta Proton Iswara warna merah milik mangsa wanita itu yang dilaporkan hilang 15 Oktober lalu,” katanya pada sidang media di IPD Gombak hari ini.

Menurut Arifai, pihaknya turut menahan dua lagi individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan itu dan salah seorang suspek adalah pemilik kedai besi buruk.

Katanya, suspek ketiga ditahan pada jam 6.30 petang di pekarangan IPD Gombak dan soal siasat membawa kepada penangkapan suspek keempat iaitu pemilik kedai besi buruk yang membayar dan menerima kereta curi berkenaan.

“Daripada suspek keempat polis berjaya merampas sebuah kereta Toyota Estima di sebuah rumah di Selayang Baru.

“Kesemua mereka berusia 29 hingga 45 tahu itu direman sehingga esok dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut,” kata beliau. MG

Leave a Reply