Doa tinggal maksiat

MENJADI manusia sempurna itu mustahil, namun menjadi manusia yang lebih baik daripada hari semalam itu boleh diusahakan.

Antara perkara penting untuk merubah diri ke arah kebaikan ialah dengan menjauhi perkara-perkara haram yang ditegah oleh Allah SWT.

Namun, melaksanakannya bukan semudah mengungkap kata. Walaupun sedar perkara yang dilakukan itu haram, masih saja ramai melakukan kerana tidak mampu meninggalkannya.

Oleh yang demikian, Pencetus Ummah (PU) Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin berkongsi doa meninggalkan perkara haram di laman Instagramnya.



“Sudah tahu benda itu haram, tetapi tidak mampu atau susah hendak tinggalkan? Baca doa ini:

“Ya Allah Ya Tuhanku haramkan kepada ku kelazatan melakukan maksiat dan kurniakan aku kelazatan taat dalam beribadat kepada mu.”- Syeikh Imam Mutawalli Al Sya’rawi.

“Bacalah doa ini, jadikan ia zikir. Allah pasti akan terima doa kita. Mati kita nanti bebas dari dosa maksiat. Insha-Allah,” katanya.

Sumber: Instagram PU Amin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker