Taikun hartanah sahabat Mahathir meninggal dunia

HARTAWAN yang juga pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing meninggal dunia hari ini.

Pemaju hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing, 75, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Setia Raja, di sini, petang ini.

Ia disahkan sumber yang rapat dengan keluarga mendiang.

Mendiang dibawa pulang dari pusat perubatan semalam.



Memetik laporan portal Seehua, mendiang Pek Khiing menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun.

Berita pemergiaan mendiang telah disahkan, namun punca kematiannya masih belum dikenal pasti.

Mendiang dilahirkan di Bintangor, Sarawak pada 1945.



Mendiang terkenal kerana membina sebuah hotel di pulau peranginan Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.

Beliau juga merupakan sahabat baik kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker