Subjudis : MoT enggan ulas kes pekerja KVDT2 hilang pekerjaan

Kementerian Pengangkutan (MoT) tidak akan memberi respons mengenai video yang mendakwa pembatalan projek Landasan Berkembar Lembah Klang atau Klang Valley Double Track Project (KVDT2) akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan yang besar.

Ini bagi mengelak berlakunya sebarang kemungkinan subjudis.

”Memandangkan pihak DMIA-LTAT telah membawa isu ini ke mahkamah maka kerajaan perlu menghormati proses yang sedang berjalan ketika ini,” kata MoT.

Sebelum ini, kerajaan mengulangi pendirian sebelum ini bertarikh 28 Ogos bahawa projek KVDT2 akan diteruskan dan bersetuju langkah terbaik adalah dengan membuka semula tender bagi projek tersebut demi memastikan ketelusan penggunaan dana awam seterusnya memperoleh nilai terbaik bagi rakyat dan ekonomi negara.



Untuk rekod, kontraktor berkenaan telah memfailkan saman terhadap kerajaan dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong atas “keputusan menamatkan” kontrak itu.

Dalam saman itu, Dhaya Maju-LTAT mendakwa tiada sebab di bawah undang-undang untuk Ka Siong “menamatkan kontrak itu” dan membuka semula tender. MG

Pembatalan projek KVDT2 – Kontraktor saman kerajaan, menteri



Apa jadi kepada projek KVDT2?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker