Kerajaan sukar tumpu krisis COVID-19 dan ekonomi selagi ‘isu’ Anwar tak selesai – KJ

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mampu menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ini, terutamanya soal sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, jika tidak diselesaikan dengan segera, kerajaan akan mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menangani wabak COVID-19, serta pemulihan ekonomi yang sedang meruncing.

Khairy juga optimis segala persoalan mengenai jumlah sebenar sokongan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan itu akan terjawab selepas Agong selesai mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik yang berkaitan.

 

“Ini masalah yang dihadapi oleh negara pada waktu ini. Apa yang saya tahu, Anwar telah menghadap Agong untuk kemukakan bilangan ahli ahli yang menyokongnya dan perkara ini kalau tak silap saya mesti disahkan ketua-ketua parti.

 

“Pada waktu ini tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk menghadap mungkin kerana masalah kesihatan dan juga ancaman COVID yang sedang menular waktu Perintah Kawalan Pergeraan Bersyarat (PKPB) ini. Selepas selesai dan apabila dapat menghadap, saya harap perkara ini dapat diselesaikan,” katanya lagi.

Anwar, dalam satu sidang media khas di ibu negara pada 13 Oktober lepas mendakwa, beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk membentu kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah mempersembahkan dokumen sokongan mengenai dakwaan itu kepada Agong, dan memohon semua pihak memberi masa kepada Tuanku untuk mengesahkan dakwaan itu.

BACA: Anwar dakwa ada sokongan lebih 120 Ahli Parlimen, mohon Agong diberi ruang dan masa

Mengulas lanjut, Khairy sekali lagi menegaskan beliau tidak termasuk dalam senarai Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri baharu, seperti yang tular sebelum ini.

“Saya dan rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen lain yang saya kenal rapat, kalau ada dokumen yang tunjukkan UMNO secara keseluruhan menyokong sokong Anwar untuk dapat majoriti, itu tidak betul.

“Tapi perkara ini mestilah disahkan supaya Agong puas hati, mengikut kebijaksanaan baginda, bahawa beliau (Anwar) mempunyai majoriti. Hanya dengan itu saja lah dapat kita selesaikan kemelut politik yang ada pada hari ini,” katanya lagi- Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker