112 warga PDRM disahkan positif Covid-19

Share

KUALA LUMPUR – Seramai 112 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara membabitkan pegawai, anggota, penjawat awam dan ahli keluarga di seluruh negara disahkan positif Covid-19.Kesemua individu itu kini sedang menjalani rawatan di hospital di seluruh negara.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata selain positif Covid-19, seramai 2,688 warga PDRM sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagaimana Dato’ Seri ‘Debab’ boleh lompat pagar?

“Mereka yang disyaki positif Covid-19 terdiri daripada tujuh pegawai kanan polis, 72 anggota, tiga pegawai awam dan 31 ahli keluarga.

“Mereka yang sedang menjalani kuarantin 14 hari pula terdiri daripada 354 pegawai kanan polis, 1,926 anggota polis, 73 penjawat awam dan 335 ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Ramli turut memaklumkan dirinya juga sedang menjalani perintah kuarantin kendiri di kediamannya bermula semalam

Jangan salahkan PDRM – Ahmad Zahid

Leave a Reply