Anwar ada sokongan? ’Dulu saya tak percaya, sekarang lagi tak percaya’

Share

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.

“Dari awal lagi bila Anwar buat dakwaan kononnya dapat sokongan kukuh, saya tak percaya. “Dahulu pun dia buat macam tu dah.

“Namun apabila Yang di-Pertuan Agong minta supaya masing-masing menyatakan siapa nak pilih perdana menteri, dia kata dapat sokongan majoriti, tapi tidak ada pun.

“Sekarang ini pun tak pernah juga (ada bukti sokongan),” kata Mahathir yang ketika memimpin kerajaan berjanji menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara dengan Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Ternyata Mahathir memang tidak suka Anwar dan semasa di dalam Pakatan Harapan beliau hanya berlakon baik sahaja dengan Anwar.

Walaupun keduanya bermula sebagai mentor dan mentee, permusuhan terbesar antara dua tokoh politik adalah diantara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi ini bermula sejak pemecatan Anwar oleh Mahathir dari jawatan timbalan perdana menteri Malaysia pada tahun 1998.

Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim patut bersara daripada politik, kita yakin dengan ketiadaan dua tokoh ini, politik negara akan menjadi bertambah baik dan aman.

Anwar diingatkan jangan terlalu percaya pada Dr M

Leave a Reply