Anwar diingatkan jangan terlalu percaya pada Dr M

Seorang penganalisis berpandangan perjanjian yang memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan hanya merugikan Anwar.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya memberitahu FMT Anwar patut belajar dari pengalaman silam dan jangan terlalu percaya pada kesediaan Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya.

Beliau mengulas laporan FMT bahawa PH sedia mengangkat Mahathir sebagai calon perdana menteri, kali ini Anwar sebagai timbalannya.

Sumber beritahu FMT perkembangan itu selepas beberapa mesyuarat pimpinan PH minggu lepas.

Azman berkata sukar untuk pemerhati politik membayangkan Mahathir akan berundur.

Beliau berkata Anwar tidak rugi apa-apa sekiranya beliau menolak jawatan timbalan perdana menteri kerana bukan mudah menjadi kerajaan pada masa ekonomi yang amat mencabar.

Adalah lebih baik beliau tumpu pada mengukuhkan parti dan mengisi kekeosongan yang ditinggalkan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya.

“Buat masa ini, beliau patut tumpu menjadi ketua pembangkang yang bagus dan membuat persiapan untuk pilihan raya umum akan datang dengan mengukuhkan sokongan akar umbi.”

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania precaya perjanjian itu, sekiranya berlaku, menghala ke arah persiapan pilihan raya umum akan datang daripada perubahan kerajaan yang segera kerana PH masih perlukan jumlah sokongan yang mencukupi.

Beliau berpandangan perjanjian itu langkah ke depan bagi PH.

“Anwar ada sokongan dalam kalangan orang Melayu di bandar dan Mahathir ada sokongan dalam kalangan Melayu di luar bandar,” katanya.

Sebaliknya, cabaran paling besar bagi PH adalah “sejarah tinju bayang yang panjang” antara Mahathir dan Anwar.

“Walaupun mereka bersetuju, saya tak pasti penyokong mereka bersetuju.”

Beliau berkata perkara penting dalam sebarang aturan adalah mendapatkan sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, dan beliau ragu-ragu Gabungan Parti Sarawak dan 18 ahli Parlimennya akan menyokong Mahathir selagi DAP sebahagian daripada PH.

Sekiranya PH kembali berkuasa, ada kemungkinan ia hanya ada majoriti tipis, menjadikan ia tidak stabil seperti Perikatan Nasional.

Ahli sains politik, Chandra Muzaffar berkata tiada jaminan PH boleh segera menggantikan PN sekali pun ia ada jumlah sokongan yang mencukupi atau berjaya menyingkir Muhyiddin Yassin menerusi undi tidak percaya.

“Sekiranya Muhyiddin tewas dalam undi percaya itu, beliau perlu menghadap Agong dan saya fikir Agong akan membubarkan Parlimen kerana Agong pernah menegur tentang mengheret negara sekali lagi ke kancah politik,” katanya.

Chandra juga ragu-ragu Agong akan sekali lagi melantik Mahathir sebagai perdana menteri kerana beliau enggan menarik balik peletakan jawatannya apabila Agong meminta beliau berbuat demikian.

“Mahathir yang memulakan kecelaruan politik ini,” katanya. “Jadi saya tak percaya raja-raja akan sekali melantiknya.”

“Saya juga tak percaya Mahathir di usia 95 tahun kembali menjadi perdana menteri buat kali ke-3 akan dapat sokongan besar rakyat.”

FMT

Related Articles

One Comment

  1. Kes TPM ni Anwar Ibrahim atau Anwar Pale Mereng atau Anwar yang sama mereng? Jika Anwar juara impian “bakal PM” ertinya telah gila atau telah bodoh tukar “bakal TPM pula?”. Hatok Der dah kata dia tiada “masalah” dengan Anwar dan Hatok akan “keliru atau tidak tahu” jika Anwar yang akan “bermasalah” dengannya. Non Non.. dulu lebam biji mata jangan sampai tahun ni “lebam pungkoq” sudah.. India tiup seruling main ularpun akan bunuh ularnya jika telah dipatuk kali kedua, Non pula nak “serah tengkok” untuk dipatuk kali ketiga ular nyanyuk tidak bergigi atau untuk dibelit? Agak2 apa kata Puziah adakah dia kata “tak luak” juga?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker