Juara dunia ‘kantoi’ ada hubungan sulit

Tokyo: Perenang sensasi Jepun, Daiya Seto disekat daripada menyertai sebarang pertandang dan latihan rasmi sehingga hujung tahun ini sebagai hukuman apabila hubungan curangnya didedahkan oleh sebuah akhbar tabloid,

Bintang Olimpik itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar majalah gosip September lalu, ketika dia menjemput kekasih gelapnya sebelum membawa ke ‘love hotel’ dan selepas itu baru dia mengambil anak perempuannya dari pusat asuhan kanak-kanak.

Seto yang sudah berkahwin, meminta maaf di atas tingkah lakunya yang kurang bertanggungjawab dalam satu kenyataan semalam.



Dia yang berusia 26 tahun menerima hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Renang Jepun, membabitkan kejohanan di dalam dan luar negara.

Ini bermakna, Seto, penyandang juara dunia dalam acara 200 meter (m) dan 400m individu rampaian akan terlepas aksi di kejohanan kebangsaan Disember depan.

Bagaimanapun, dia masih lagi dibenarkan untuk mengambil bahagian di Olimpik tahun depan dan boleh berlatih secara bersendirian.

Seto, juga harus melengkapkan program ‘pendidikan integriti’ Jawatankuasa Olimpik Jepun.

“Saya akan memberikan sepenuh perhatian saya dalam sukan renang, agar saya dapat memperoleh kembali kepercayaan keluarga saya.



“Saya berasa sangat sakit hati dengan tingkah laku saya yang tidak bertanggungjawab, dan mendapatkan kembali penerimaan keluarga saya dan anda semua sebagai perenang,” kata Seto.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker