Najib Sokong Keputusan Biro Politik UMNO, Bentang Realiti Politik

Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak

Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak tampil menzahirkan sokongan beliau kepada keputusan Biro Politik UMNO semalam dan menyifatkan ia satu keputusan yang mengambil kira kehendak akar umbi parti.

Menurut Mohd Najib, keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri dan seharusnya dihormati.

Dalam status Facebook terbaharu beliau bekas Perdana Menteri tersebut turut menyenaraikan kronologi mengapa UMNO merasa terpinggir dan berkecil hati.

Menurut Mohd Najib, walaupun UMNO menggesa diadakan Pilihan Raya Umum akhirnya parti akur kepada kehendak Majlis Raja-Raja Melayu dan memberi sokongan kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

“Selama berbulan-bulan selepas kerajaan PN dibentuk, ramai yang juga mahu kita tolak PN dan kukuhkan MN. Ramai yang juga percaya bahawa jika kita tidak membentuk kerajaan PN bersama, PPBM serta geng yang lompat keluar PKR untuk masuk PPBM juga akan terkubur pada PRU15.”

Sabarlah Mat.. “Keputusan perbincangan adalah keputusan biro politik, bukan keputusan parti.

Mohd Najib turut beranggapan apa yang berlaku di Sabah dengan mengambil kerusi UMNO dan PN meletak calon bebas untuk pecahkan, kenyataan-kenyataan dari ketua Armada PPBM dan perkongsian kuasa yang di lihat berat sebelah telah terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli UMNO.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan menafikan UMNO gila kuasa.

“Sebagai contoh, Perdana Menteri adalah dari PPBM dan pengganti Perdana Menteri iaitu Azmin juga dari PPBM sekarang. Dalam hal ekonomi, Menteri Kewangan bukan dari BN mahupun PAS. Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS. Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.”

“Malah, tiada seorang pun dari UMNO atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid. Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula bersama tiga orang menteri PPBM.”

“UMNO kini digelar gila kuasa pulak?”-

Dalam masa yang sama Mohd Najib mengingatkan rakyat bahawa UMNO menanggung beban kerosakan yang dibuat oleh kerajaan walaupun tidak mempunyai kuasa yang efektif dalam menentukan hala tuju negara.

“Sebab kita bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, UMNO dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi.”

Bekas Menteri Kewangan itu turut membangkitkan keengganan Kerajaan PN menimbang gesaan berulang-kali UMNO untuk melanjutkan moratorium pinjaman terutamanya kepada Sabah.

Selain itu keenganan Majlis Keselamatan Negera mempertimbangkan cadangan Menteri Kesihatan dari UMNO untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN turut dibangkitkan Mohd Najib

Polis panggil Anwar ke Bukit Aman esok

Menurut beliau Dr Adham Baba terpaksa menanggung beban kegagalan pemimpin PBBM dalam pelbagai agensi dan kementerian memastikan perang menentang Covid-19 berjaya.

“Keputusan awal MKN tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negera; kegagalan Menteri PPBM (ed. Kementerian Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin) untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

“Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia.
Dan kini, UMNO turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid pada masa kini.”

Mohd Najib turut mengingatkan bahawa sejak Kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN termasuk dirinya sentiasa mempertahankan keputusan kerajaan walaupun ia adalah kesilapan menteri PBBM.

Mohd Najib turut menafikan keputusan UMNO semalam mempunyai kaitan dengan perbicaraan beliau.

“Keputusan UMNO semalam adalah untuk mempertimbangkan semula sokongan pada PN, memberi syarat baru kerjasama serta mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai parti politik.

“Saya yakin dan pasti saya dapat membersihkan nama saya dan didapati tidak bersalah termasuk di mahkamah rayuan jika sistem perundangan adalah adil dan bebas dari pencaturan Tun Mahathir dan kerajaan PH dahulu untuk memangsakan saya.” -SUARATV

Tengku Razaleigh hantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker